Anda di sini

Punca gangguan bekalan elektrik di Samariang dan Santubong disiasat

Advertisement
Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.
Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

KUCHING: Pelanggan di kawasan Samariang dan Santubong hari ini mengalami gangguan bekalan elektrik ekoran kerosakan di pencawang 33kV Samariang dan kabel bawah tanah.

Pengurus Wilayah Barat Sarawak Energy Choo Min Chong berkata, pasukan teknikal Sarawak Energy berjaya memulihkan bekalan ke kebanyakan kawasan terjejas pada jam 11 pagi.

Manakala kawasan selebihnya katanya, dipulihkan secara berperingkat melalui genset mudah alih dan bekalan alternatif dari pencawang berhampiran.

“Berikutan kerja-kerja pembaikan yang meluas diperlukan di pencawang 33kV Samariang, kita menjangkakan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas dijangka dipulihkan pada malam ini (25 Jun),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, pihaknya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berusaha memulihkan bekalan elektrik kepada pelanggan yang terjejas.

“Malah, kita juga sedang meneruskan kerja-kerja pembaikan pencawang Samariang dan kerosakan pada kabel bawah tanah,” katanya sambil menambah, pihaknya sedang menyiasat punca kerosakan itu.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh dikemas kini melalui aplikasi mudah alih SEB Cares atau menghubungi 1-300-88-3111 atau mengunjungi laman Twitter di @1SarawakEnergy atau di Facebook di Sarawak Energy Berhad.
 

Advertisement