Anda di sini

Polis tempur geng dadah di barat Mexico, 13 maut

Advertisement
Anggota Perkhidmatan Perubatan Forensik Jalisco dilihat di lokasi di mana empat pegawai polis dan sembilan anggota kumpulan dadah terbunuh semasa pertempuran di El Salto, negeri Jalisco, Mexico kelmarin. — Gambar AFP
Anggota Perkhidmatan Perubatan Forensik Jalisco dilihat di lokasi di mana empat pegawai polis dan sembilan anggota kumpulan dadah terbunuh semasa pertempuran di El Salto, negeri Jalisco, Mexico kelmarin. — Gambar AFP

GUADALAJARA: Satu pertempuran bersenjata menyebabkan empat pegawai polis dan sembilan anggota kumpulan dadah yang disyaki terbunuh di wilayah barat Mexico di Jalisco, kata pihak berkuasa kelmarin.

Pertempuran berlaku pada malam Rabu di sebuah rumah di El Salto di luar bandar Guadalajara dan, menurut beberapa saksi, telah berlangsung selama lebih sejam.

Susulan dari kejadian tembak-menembak, mayat sembilan orang, termasuk seorang wanita, telah ditemui di dalam bangunan itu, kata pendakwa raya negara.

Dua orang yang ditahan di dalam bangunan telah diselamatkan selepas satu maklumat bahawa lelaki bersenjata telah dilihat membawa orang yang diikat mulutnya ke dalam rumah, pendakwa raya Luis Mendez Ruiz memberitahu wartawan.

Beberapa orang telah ditahan, dan senjata serta peluru telah dirampas.

Sepuluh pegawai polis telah dibunuh pada tahun ini di Jalisco, salah sebuah wilayah paling berbahaya di Mexico disebabkan oleh kehadiran kumpulan penjenayah, menurut jumlah rasmi.

Wilayah barat, salah satu yang paling maju di negara ini, merupakan bahagian utama untuk kunmpulan berkuasa Jalisco New Generation Cartel, yang dipersalahkan oleh pihak berkuasa bagi beberapa kematian dan kehilangan.

Pemimpinnya, Nemesio “El Mencho” Oseguera, adalah salah seorang ketua dadah yang paling dikehendaki di dunia, dengan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat telah menawarkan AS$10 juta untuk penangkapannya.

Lebih 340,000 orang telah terkorban dalam kitaran pertumpahan darah di Mexico sejak kerajaan mengerahkan tentera bagi memerangi kartel dadah pada 2006. — AFP
 

Advertisement