Anda di sini

PDRM laksana pelbagai inisiatif tangani isu Scammer

Advertisement
IDRIS
IDRIS

KUDAT: Polis menjalankan pelbagai inisiatif dalam usaha menangani kegiatan penipuan siber atau scammer di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata isu membabitkan penipuan ini sememangnya menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Katanya antara penipuan yang kerap dilaporkan termasuk Macau Scam dan pelaburan tidak wujud yang mengakibatkan kerugian wang yang banyak.

“Polis melakukan pelbagai usaha termasuk platform semakan nombor telefon dan bank akaun scammer melalui website http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

“Langkah ini diambil bagi memudahkan masyarakat memeriksa maklumat penipuan sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Community Policing di Pulau Banggi di sini semalam.

Mengulas lanjut Idris berkata masyarakat juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali melalui panggilan telefon.

“Pendek kata, rajin-rajinlah mengambil tahu dan membaca segala pendedahan yang dibuat pihak berkuasa berkaitan penipuan siber atau scammer.

“Ia bukanlah teknik pukau yang popular digunakan dahulu sebaliknya teknik menipulasi terhadap kurangnya kesedaran dan sikap ambil tahun atau peduli terhadap sesuatu isu,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement