Anda di sini

MCMF kembali secara fizikal pada November

Advertisement
Abdul Karim mengetuai acara memotong reben tanda simbolik pemilihan Eastwood sebagai lokasi penganjuran MCMF.
Abdul Karim mengetuai acara memotong reben tanda simbolik pemilihan Eastwood sebagai lokasi penganjuran MCMF.

MIRI: Miri Country Music Festival (MCMF) bakal kembali pada November depan yang akan dijalankan secara fizikal di Eastwood Valley Golf and Country Club, di sini. 

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin dan percaya penganjurannya akan mendapat sambutan menggalakkan seperti Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) dan Festival Jazz Borneo (BJF).

“Kita pasti festival ini akan ‘meletop’ (mendapat sambutan hangat),” ujarnya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Seramai lebih 2,000 pengunjung termasuk peminat muzik country dari dalam dan luar Miri dijangka hadir memeriahkan konsert itu nanti.

Edisi kelapan konsert itu akan diadakan pada 25 dan 26 November yang menampilkan pemuzik tempatan dan antarabangsa. 

Artis antarabangsa yang dijemput ialah Tantowi Yahya dari Indonesia, Johny Loda Trio dari Itali, Combodia Country Band (USA, Combodia) dan Ramon Cedillo (Singapura).

Ia turut dijayakan artis tempatan iaitu Lyia Meta, Kamal Bukhary, Session Band, Country Roads Band dan Mountai Wind. 

Turut diadakan The Buku Project iaitu kempen mengumpul buku terpakai untuk didermakan kepada penduduk Long Lama dan Long Atip.

Projek bertujuan menambah sumber bahan bacaan, ilmu serta memperkasakan kemahiran membaca dalam kalangan penduduk pedalaman. 

Untuk maklumat dan tiket sila kunjungi laman web www.miricountrymusic.com dan laman Miri Country Music Fest di Facebook. 

Hadir sama ketika sidang media itu ialah Timbalan Menteri Datuk Sebastian Ting, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak Dennis Ngau, Ketua Pegawai Eksekutif Eastwood Kueh Chie Tiong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pelancongan Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Warzidea Ahmad dan Pengasas MCMF Gracie Geikie. 
 

  • oleh
  • Advertisement