Anda di sini

Lonjakan kes COVID-19 kemungkinan gelombang jangkitan gelombang varian baharu belum diketahui

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Angka jangkitan harian terus melonjak tinggi dengan peningkatan kes baharu secara berterusan bersamaan gambaran trend yang sama diperingkat nasional.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata keadaan ini menunjukkan terdapat kemungkinan ianya adalah satu lagi  gelombang jangkitan COVID-19 yang berpunca daripada varian baharu yang belum diketahui. 

“Buat masa ini ianya sekadar satu andaian sehingga siasatan dan penyelidikan lanjut dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Walaubagaimanapun aktiviti sosial tanpa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berpotensi untuk mencetuskan angka yang lebih tinggi,” katanya.

Bercakap mengenai perkembangan COVID-19 di Sabah Masidi berkata bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 83 termasuk yang discaj dari hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam menjadikan jumlah kumulatif 366,575 orang. 

Beliau bagaimanapun berkata 179 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 177 di hospital serta dua orang di PKRC Awam.

“Daripada jumlah itu lima pesakit memerlukan penjagaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta repurposed kritikal dan seorang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement