Anda di sini

Lelaki mengamuk guna parang ditahan

Advertisement
 Tangkap layar pada rakaman video yang menunjukkan lelaki terbabit mengamuk sambil memegang parang.
MENGAMUK: Tangkap layar pada rakaman video yang menunjukkan lelaki terbabit mengamuk sambil memegang parang.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami sakit mental ditahan polis selepas mengamuk dengan memegang parang di sebuah taman perumahan di Kepayan di sini.

Lelaki berumur 38 tahun itu juga turut bertindak memecahkan cermin serta merosakkan sebuah kenderaan teksi yang diletakkan di kawasan perumahan berkenaan dalam kejadian kira-kira 3.30 petang.

Menurut sumber, kejadian disedari pihak berkuasa selepas dihubungi penduduk taman perumahan yang ketakutan dengan gelagat lelaki terbabit.

Pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya terpaksa mengambil masa beberapa minit bagi menenangkan lelaki terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, gelagat menakutkan lelaki terbabit sempat dirakam penduduk sebelum tular di media sosial.

Rakaman video itu menunjukkan lelaki yang tidak berbaju dan berseluar pendek itu dilihat berjalan mengelilingi perumahan berkenaan sambil membawa sebilah parang.

  • oleh
  • Advertisement