Anda di sini

Kolaborasi polis, masyarakat perlu diteruskan demi keamanan terpelihara

Advertisement
 Idris menyampaikan bakul sumbangan kepada penduduk di Pulau Banggi, Kudat di sini.
SUMBANGAN: Idris menyampaikan bakul sumbangan kepada penduduk di Pulau Banggi, Kudat di sini.

KUDAT: Koloborasi serta kesepakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat perlu terus diperkasa dalam memastikan keamanan, ketenteraman serta kesejahteraan di negeri ini sentiasa terpelihara.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata peranan itu juga perlu dimainkan sendiri oleh masyarakat bagi mengurangkan ruang dan peluang kepada perlakuan jenayah.

“Tindakan ini bagaimanapun bukan bermaksud melepaskan tanggungjawab menjaga keselamatan kepada orang awam sebaliknya ia adalah strategi ampuh dan menyeluruh.

“Semua orang mempunyai peranan untuk menangkap orang yang melakukan kesalahan di depan mata sebelum menyerahkan penjenayah kepada pihak polis serta merta.

“Orang awam bagaimanapun tidak dibenarkan sama sekali untuk mencederakan penjenayah kerana tindakan itu boleh didakwa di mahkamah sekiranya mengambil tindakan melampau,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Community Policing, di Pulau Banggi di sini.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Bercakap lanjut Idris berkata sudah menjadi tanggungjawab PDRM untuk sentiasa mendidik

dan memupuk kesedaran masyarakat mengenai pentingnya keamanan yang diperoleh ketika ini.

Katanya sukar untuk melaksanakan koloborasi itu sekiranya masyarakat berada takut untuk mendekati PDRM.

“PDRM Sabah sentiasa mendokong konsep

kepolisan masyarakat ke arah mewujudkan dan melahirkan kefahaman, kepercayaan dan tanggungjawab dua hala.

“Pelbagai program kepolisan komuniti sudah dianjurkan bagi tujuan itu termasuk lawatan ke sekolah, majlis dialog dan gotong-royong bersama masyarakat dari semasa ke semasa,” katanya.

Idris berkata, masyarakat juga dialu-alukan untuk menyampaikan maklumat dalam usaha mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.

  • oleh
  • Advertisement