Anda di sini

JSK Borneo Reef sertai perlumbaan perahu naga 2022

Advertisement
JOHNNY
JOHNNY

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya JSK Borneo Reef akan menyertai Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah ke-7.

Pengarah Urusan Kumpulan JSK Datuk Johnny Wong Chen Yee berkata, menjadi satu peristiwa penting kepada syarikatnya untuk menyertai festival bersejarah itu.

"Kami (JSK) menyokong penuh acara ini kerana kami percaya ianya mampu memperkenalkan Sabah sebagai destinasi pelancongan di peringkat antarabangsa.

"JSK akan menghantar seramai 25 kakitangan untuk bertanding dalam perlumbaan bagi merebut Piala Ketua Menteri kategori Pasukan Malaysia Lelaki," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pasukannya itu terdiri daripada kakitangan dari bahagian hartanah, pembinaan, pembuatan dan pelancongan.

Katanya, perlumbaan bot naga sangat dipenuhi dengan nilai-nilai sejarah serta tradisinya tersendiri.

"Ini sudah pasti membuatkan kami lebih berani untuk berhadapan dengan cabaran. Piala Ketua Menteri ini membawa maksud yang sangat mendalam.

"Memandangkan ia diadakan secara terbuka, pertandingan turut membenarkan semua peserta dari pelbagai latar belakang bangsa untuk menyertai bagi mencapai kejayaan yang sama," katanya.

 Johnny (baju putih) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan JSK Borneo Reef yang akan bertanding pada perlumbaan perahu naga.
KENANGAN: Johnny (baju putih) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan JSK Borneo Reef yang akan bertanding pada perlumbaan perahu naga.

Beliau berkata, pertandingan itu memberikan pengajaran yang sangat penting kepada para peserta kerana setiap pendayung perlu sentiasa bersatu untuk bergerak ke hadapan. 

"Sebagai rakyat Sabah, kita harus kekal bersatu dengan memperkasakan lagi kesatuan dalam kalangan bangsa yang ada," katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan JSK Borneo Reef merupakan destinasi pelancongan untuk aktiviti pontoon yang terletak di Asia Tenggara atau berhampiran dalam persisiran lautan di sini.

Katanya, antara daya tarikan yang ditawarkan pontoon berkenaan termasuklah berjalan dalam lautan, snorkeling, berkayak, taman tema air terapung dan banyak lagi.

  • oleh
  • Advertisement