Anda di sini

Terokai pelbagai produk Sarawak pada ‘Specialty & Fine Food Asia 2022’

Advertisement
Pengunjung mencuba produk Sarawak yang dipamerkan pada 'Specialty & Fine Food Asia 2022’ di Singapura.
Pengunjung mencuba produk Sarawak yang dipamerkan pada 'Specialty & Fine Food Asia 2022’ di Singapura.

KUCHING: Pengunjung ke pameran ‘Specialty & Fine Food Asia 2022’ di Singapura dipelawa menerokai pelbagai produk Sarawak.

Pengurus Perdagangan dan Pelaburan STATOS TC Tan berkata terdapat banyak perdagangan dua hala dan pertukaran pelaburan antara Singapura dan Sarawak dalam tempoh dua hingga tiga bulan lepas sejak pembukaan sempadan.

Katanya ramai wakil pengeluar turut serta pada pameran tersebut dengan 25 syarikat menyediakan sampel produk dan maklumat mereka bagi Sarawak.

Produk yang dipamerkan termasuk sambal laksa Sarawak, sambal ikan, kopi Liberica Sarawak Rainforest, teh susu tiga lapis, teh botanikal Kokokam, tuak dan banyak lagi.

Satu lagi produk baharu dalam pasaran Singapura ialah pelbagai beras berwarna dari Lubok Nibong, Simunjan dan tanah tinggi Bario.

Beras ini mendapat warna secara semula jadi yang mana kaya dengan nutrisi dan antioksida.

Pengasas Bersama dan Presiden Persatuan SME Sarawak Datuk Seri Charles Voon merangkap ahli majlis Persekutuan Perniagaan Sarawak berkata pihaknya berterima kasih kepada STATOS atas kelancaran pameran tersebut.

Menerusi inisiatif ini katanya, mereka menerima banyak minat daripada peniaga antarabangsa ke atas produk Sarawak.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan berharap lebih banyak lagi produk dan pengeksport akan mengeksport ke Singapura.

Advertisement