Anda di sini

SUKMA: Sarawak akan rayu senaraikan acara terjun

Advertisement
KUCHING: Sarawak akan membuat rayuan agar acara terjun disenaraikan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 Sept depan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata walaupun acara itu sudah diiktiraf di peringkat Sukan Olimpik dan kejohanan antarabangsa, penganjur Sukma ke-20 pula mengambil pendirian hanya akan menyenaraikannya jika ada enam atau lebih negeri mengambil bahagian. 

“Kita akan membuat rayuan memandangkan acara ini merupakan lubuk emas kepada Sarawak pada Sukma," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Program Rakan Muda Comfort Room Negeri Sarawak 2022 di sini pada Khamis.

Gerald Rentap Jabu
Gerald Rentap Jabu

Beliau berkata kontingen Sarawak juga masih menunggu makluman daripada penganjur untuk memuktamadkan acara sukan dan lokasi sebelum dapat membuat persiapan lebih rapi menjelang temasya itu yang berbaki 85 hari.

"Banyak perkara belum ditentukan lagi oleh penganjur. Jadi saya fikir sedikit sukar bagi kita membuat persiapan yang sepatutnya," katanya. - BERNAMA

Advertisement