Anda di sini

Pembinaan kawasan kerajaan pusat Indonesia di Nusantara bermula Ogos

Advertisement
JAKARTA: Kerja-kerja pembinaan kawasan kerajaan pusat Indonesia di Nusantara, Borneo akan dimulakan pada Ogos, menurut Kementerian Kerja Raya dan Perumahan negara itu.

Dalam satu kenyataan, Menterinya Basuki Hadimuljono berkata fasa awal pembinaan akan ditumpukan kepada Istana Negara dan infrastruktur termasuk bekalan air bersih, saliran, sanitasi dan jalan bertol.

Jokowi ketika meninjau pembangunan Bendungan Sepaku Semoi di Kabupaten Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur pada Rabu. - Gambar FB Joko Widodo
Jokowi ketika meninjau pembangunan Bendungan Sepaku Semoi di Kabupaten Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur pada Rabu. - Gambar FB Joko Widodo

Basuki pada Rabu bersama Presiden Joko Widodo melawat tapak cadangan ibu kota baharu bernilai US$34 bilion (US$1=RM4.40).

Kawasan kerajaan pusat itu juga merangkumi pejabat naib presiden, bangunan perundangan dan kehakiman serta pejabat-pejabat kementerian.

Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati pada April mengumumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sehingga 30 trilion rupiah (US$2.1 bilion) untuk perbelanjaan pembangunan Nusantara pada tahun depan. - BERNAMA

Advertisement