Anda di sini

Jet penumpang terbakar ketika mendarat di lapangan terbang Miami 

Advertisement
Gambar menunjukkan jet Red Air yang terbakar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami kelmarin. — Gambar AFP
Gambar menunjukkan jet Red Air yang terbakar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami kelmarin. — Gambar AFP

MIAMI: Penyiasat telah menuju ke Miami kelmarin selepas gear pendaratan pada sebuah jet penumpang gagal berfungsi dan ia terbakar ketika mendarat di lapangan terbang antarabangsa di bandar Amerika Syarikat itu, kata pihak berkuasa.

Tiga orang telah dimasukkan ke hospital selepas nahas Red Air Flight 203 pada lewat Selasa lepas, menurut pegawai bomba Miami-Dade, namun tiada kematian atau kecederaan serius telah dilaporkan di kalangan 140 orang di dalam pesawat.

Rakaman video yang dramatik menunjukkan orang yang dikeluarkan dari pesawat McDonnell Douglas MD-82, terdampar serong di atas laluan dengan bahagian depannya remuk ketika kepulan asap hitam tebal berkepul-kepul keluar dari badannya.

Red Air, sebuah syarikat penerbangan bajet Dominica yang hanya dilancarkan pada November tahun lepas, menyatakan pesawat iu telah tiba dari Santo Domingo ketika ia berdepan dengan “masalah teknikal”.

“Red Air #203 dari Santo Domingo mempunyai gear pendaratannya di bahagian hujung depan peswat telah jatuh, yang kelihatan menyebabkan satu kebakaran,” menurut satu kenyataan dalam akaun Twitter milik Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Red Air berkata terdapat 130 penumpang dan 10 anak kapal di dalamnya. — AFP

Advertisement