Anda di sini

Pasukan RELA penting jamin aspek keselamatan, keharmonian komuniti

Advertisement

RANAU: Anggota pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) amat penting dalam menjamin  tahap keselamatan dan keharmonian komuniti.

Timbalan Penguasa Rela Kanan Ranau, Ruhimin Japar berkata setiap anggota dalam satu Platun hendaklah membudayakan disiplin diri, ketahanan fizikal dan mental dalam menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa membezakan kaum, agama dan idealogi politik.

"Disebabkan itulan anggota RELA adalah sebagai pasukan pelapis keselamatan yang melaksanakan peranan dan fungsi sama seperti Angkatan Pertahanan  Awam Malaysia (APM), Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia dalam melakukan tanggungjawab menjaga keamanan negara.

“Anggota RELA adalah unit yang dekat serta rapat dengan kemuniti setempat dan perlu peka dalam peranan menjaga keselamatan penduduk", katanya semasa Majlis Sambutan Hari Raya Platun 0010 bersama penduduk Kampung Tungou Ranau di sini.

Ruhimin memaklumkan anggota RELA adalah 'Mata Dan Telinga' kerajaan bagi menentukan keharmonian penduduk setempat.

"Jika ada kehadiran warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah maka itu adalah peranan anggota Rela untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut", katanya.

Hadir sama pada majlis tahunan itu ialah, Pegawai Rela Daerah (PRD) Khairul, Ketua RELA Mukim Randagong yang juga Ketua Platun 0010 Kampung Tungou, Samsul Martah bersama lebih 30 orang penduduk.

 Anggota RELA 0010 Kampung Tongou merakam gambar bersama Ruhimin (depan enam kiri).
KENANGAN: Anggota RELA 0010 Kampung Tongou merakam gambar bersama Ruhimin (depan enam kiri).
  • oleh
  • Advertisement