Anda di sini

Mayat terapung dekat Terminal 2 Bot Ekspres Sarikei

Advertisement

SARIKEI: Satu mayat lelaki, tanpa identiti ditemui terapung di Batang Rajang berdekatan Terminal 2 Bot Ekspres di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, mayat lelaki terbabit ditemui terapung oleh orang awam yang melalui lokasi tersebut sekitar jam 2.40 petang.

"Berikutan penemuan tersebut, orang awam terbabit terus bertindak memakumkan perkara tersebut kepada pihak Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS).

"Dalam masa yang sama juga, pihak LSS turut memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak bomba.

"Sejurus menerima maklumat tersebut, lima anggota bomba terus dikerahkan ke lokasi terbabit dan bergerak ke lokasi penemuan dengan menggunakan sebuah bot milik orang awam untuk membawa mayat tersebut ke tebing sungai," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

 

Bomba turut memakumkan penemuan mayat tersebut kepada polis.

Tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat tersebut.

Setelah dibawa ke tebing sungai, mayat itu diserahkan kepada polis.

Advertisement