Anda di sini

FAS bantu golongan memerlukan dengan menyampaikan bakul makanan

Advertisement
 Kenny yang mewakili Darren menyerahkan bakul makanan yang disumbang oleh MTT Shipping Sdn Bhd kepada Ruwina.
SAMPAIKAN: Kenny yang mewakili Darren menyerahkan bakul makanan yang disumbang oleh MTT Shipping Sdn Bhd kepada Ruwina.



KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Food Aid Sabah (FAS) sentiasa bersedia membantu golongan berkeperluan khas terutama yang memerlukan.


Baru-baru ini (Selasa lepas), Ahli Jawatankuasa (AJK) FAS Kenny Tan mewakili pengerusi FAS Darren Liew, telah mengagihkan bakul makanan kepada Ruwina Anuar yang menginap di pinggir bandar Kota Kinabalu.


Ruwina berkongsi, akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan ketara harga barangan keperluan harian sejak kebelakangan ini, keluarganya yang terdiri daripada tujuh orang ahli hampir berdepan dengan dilema kebuluran.


Jelasnya walaupun suaminya bertungkus-lumus bekerja keras demi menampung kehidupan mereka, namun ia masih juga tidak mencukupi malah semakin menghimpit situasi kewangan.

 
Justeru Ruwina mengambil pendekatan untuk menghubungi FAS bagi mendapatkan bantuan keperluan asas demi memastikan lima anaknya itu mempunyai makanan yang mencukupi sambil menyatakan kesyukuran terhadap FAS kerana mendapat respon yang cukup positif.


Ruwina juga turut mengambil peluang untuk menyatakan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi FAS Darren Liew kerana mengatur bakul makanan dalam masa yang singkat, dan juga kepada MTT Shipping Sdn Bhd atas sumbangan bakul makanan itu.

  • oleh
  • Advertisement