Anda di sini

Jabeur teruja untuk bekerjasama dengan Williams

Advertisement
 

LONDON: Ons Jabeur (gambar) kelmarin berkata, dia “tidak sabar” untuk bekerjasama dengan Serena Williams tatkala bintang Amerika itu bersiap untuk kembali ke tenis di Eastbourne International setelah hampir setahun tidak menyertai.

Williams, juara perseorangan Grand Slam sepanjang 23 tahun, minggu lalu diberikan kad penyertaan wildcard perseorangan ke Wimbledon, yang bermula Isnin depan.

Pemain berusia 40 tahun itu tidak bermain sejak mengalami kecederaan semasa perlawanan pusingan pertama di Wimbledon 12 bulan lalu, jatuh ke kedudukan ke-1,204 dalam ranking dunia.

Juara perseorangan Wimbledon tujuh kali itu bersedia untuk memperkasakan persiapan untuk Kelab All England dengan bermain beregu dalam kejohanan gelanggang rumput di Eastbourne.

Jabeur dari Tunisia dan Williams dijangka memulakan kempen beregu mereka pada Selasa menentang Sara Sorribes Tormo dan Marie Bouzkova.

“Saya penjaga rahsia yang baik,” kata Jabeur, nombor tiga dunia selepas kemenangan di Berlin pada hari Ahad. “Ya, saya sudah tahu sebelum Terbuka Perancis.

“Ramai pemain cemburu kerana saya bermain dengannya. Sejujurnya, Serena ialah Serena. Dia ialah legenda dan selamanya begitu.

“Hakikat bahawa dia kembali dan saya dapat menjadi sebahagian daripada perjalanannya, ia benar-benar sukar dipercayai.”

“Sejujurnya saya tidak pernah berharap dia memilih akan saya atau bahkan bermain beregu selepas sekian lama, tetapi saya rasa seperti dibawa kembali ke semua kenangan menyaksikan dia memenangi begitu banyak Grand Slam. Saya harap ia tidak akan membuat saya terlalu gementar untuk berdiri di sebelahnya.”

Wimbledon dianggap sebagai peluang terbaik Williams untuk menuntut mahkota perseorangan Grand Slam ke-24 untuk menyamai rekod Margaret Court.

Tetapi finalis Wimbledon tahun lalu, Karolina Pliskova telah memberi amaran kepada veteran itu bahawa selepas lama berjauhan dari gelanggang, ia bakal menyukarkan sebarang impian Kelab All England. — AFP 

Advertisement