Anda di sini

Kuil Sikh di bandar Afghan diserang

Advertisement
Seorang pejuang Taliban berkawal di hadapan sebuah kuil Sikh beriku-tan serangan oleh lelaki bersenjata di Kabul, kelmarin. — Gambar AFP
Seorang pejuang Taliban berkawal di hadapan sebuah kuil Sikh beriku-tan serangan oleh lelaki bersenjata di Kabul, kelmarin. — Gambar AFP

KABUL: Penyerang bersenjata telah menyerbu sebuah kuil Sikh di bandar utama Afghanistan kelmarin, melontar sekurang-kurangnya sebutir bom tangan serta mencederakan dua orang, menurut kementerian dalam negeri dan beberapa saksi.

“Saya mendengar bunyi tembakan dan letupan dari ‘gurdwara’," Gurnam Singh, seorang ketua komuniti Sikh memberitahu AFP.

Jurucakap kementerian dalam negeri Abdul Nafi Takor menyatakan satu letupan bom tangan telah mencederakan dua anggota komuniti Sikh.

Beberapa minit kemudian sebiji bom kereta diletupkan di kawasan itu namun tidak menyebabkan sebarang kematian, jelas Takor.

Terdapat kira-kira 200 penganut Sikh yang menetap di  Afghanistan, berbanding kira-kira setengah juta orang pada tahun 1970-an. - AFP

Advertisement