Anda di sini

Robert gesa JPKK proaktif, demi rakyat yang diwakili

Advertisement
 Robert disambut mesra oleh sebahagian jawatankuasa penganjur sebaik tiba di majlis berkenaan.
MESRA: Robert disambut mesra oleh sebahagian jawatankuasa penganjur sebaik tiba di majlis berkenaan.


KENINGAU: Komitmen seseorang yang dilantik bagi memegang amanah sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu lebih bertanggungjawab dan bekerjasama dengan semua pihak bagi merealisasikan kemajuan dan keselamatan di kawasan masing-masing.


Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, apa sahaja yang berlaku di kampung atau kawasan seseorang JPKK itu di lantik, hendaklah menjalinkan silaturrahim dengan semua pihak dan mengelakkan sebarang konflik apatah lagi jika terdapatnya sesuatu sambutan perayaan dan majlis di kawasan berkenaan.


“Setiap permasalahan di sesebuah kampung hendaklah diajukan oleh JPKK atau badan jawatankuasa JPKK tersebut seperti di Bandukan Baru ini iaitu mengenai balai raya yang perlu diperbaiki.


"Sebaliknya Ketua Kampung pula mengadukan perkara ini kepada saya dan bukannya JPKK seperti sepatutnya.


"Tolong sampaikan kepada Pengerusi JPKK agar bantulah Kg Bandukan Baru ini kerana kita melantik Pengerusi JPKK adalah sebagai wakil saya sebagai ADUN Bingkor untuk kampung ini,” jelas beliau ketika berucap di Majlis Perasmian Pesta Kaamatan di Bandukan Baru, Keningau petang Sabtu.


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor memberitahu, walaupun beliau sibuk dengan tugas-tugas di kementerian dan sebagai wakil rakyat, beliau sanggup mengorbankan masa untuk hadir ke kampung berkenaan dalam majlis tersebut.


“Saya difahamkan bahawa Pengerusi JPKK lebih sibuk dari tugas-tugas saya sehingga tidak dapat hadir ke majlis ini. Saya dapat hadir, tetapi dia (Pengerusi JPKK) pula tidak dapat hadir.


"Pemimpin peringkat kampung dapat hadir bersama-sama pada hari ini. Bukan untuk saya tetapi untuk rakyat, untuk bersama-sama dengan penduduk di kampung ini, “ kata beliau lagi.


Robert turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penduduk kampung dan jawatankuasa penganjur kerana telah dapat menjayakan majlis tersebut dengan begitu cemerlang sekali.


Turut hadir Ketua Kampung KK Agustine Januin, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau, Johari Pongod Gunjun serta Pegawai dan kakitangan Pejabat Wakil Rakyat (PWR) Bingkor.

  • oleh
  • Advertisement