Anda di sini

Mayat wartawan Britain ditemui di hutan Brazil

Advertisement
Gambar bertarikh 16 November, 2019 menunjukkan Phillips (tengah) bercakap dengan dua lelaki peribumi di Aldeia Maloca Papiu, Brazil. — Gambar AFP
Gambar bertarikh 16 November, 2019 menunjukkan Phillips (tengah) bercakap dengan dua lelaki peribumi di Aldeia Maloca Papiu, Brazil. — Gambar AFP

ATALAIA DO NORTE: Polis Persekutuan di Brazil kelmarin berkata ia telah mengenal pasti secara rasmi mayat wartawan Britain Dom Phillips, yang ditemui dikebumikan di Amazon selepas hilang ketika lawatan penyelidikan buku.

Phillips, yang hilang bersama jurupandu pakar peribumi Bruno Pereira pada 5 Jun, dikenal pasti melalui analisis forensik, jelas agensi itu dalam satu kenyataan.

Ia menyatakan ia masih berusaha bagi “pengenalpastian lengkap” mayat yang telah digali keluar, yang mungkin termasuk mayat Pereira. 

Koresponden veteran Phillips, 57, dan Pereira, 41, hilang di bahagian terpencil dalam hutan hujan yang penuh dengan perlombongan,  penangkapan ikan dan pembalakan secara haram, termasuk pengedaran dadah.

Sepuluh hari kemudian, pada Rabu, seorang suspek bernama Amarildo da Costa de Oliveira – dikenali sebagai “Pelado” – membawa polis ke sebuah tempat di mana dia mendakwa telah mengebumikan mayat berhampiran bandar Atalaia do Norte, di mana kedua-duanya telah dibawa dengan bot.

Mayat manusia dibawa keluar dari kawasan itu telah tiba di Brasilia pada petang Khamis untuk pengenalpastian oleh pakar.

Phillips, seorang penyumbang lama untuk The Guar-dian dan beberapa akhbar antarabangsa terkenal lain, sedang menghasilkan buku mengenai perkembangan mampan di Amazon dengan Pereira sebagai jurupandunya.

Pereira, seorang pakar di agensi hal ehwal penduduk asli Brazil FUNAI, telah menerima beberapa ancaman daripada pembalak dan pelombong yang ingin mendapatkan tanah peribumi yang terpencil. — AFP
 

Advertisement