Anda di sini

Kes harian COVID-19 di India sekali lagi lepasi angka 10,000

Advertisement
 

NEW DELH: Jumlah kes baharu COVID-19 harian di India terus meningkat dengan pantas apabila 12,213 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Persekutuan pada Khamis.

Ini kali pertama sejak beberapa bulan lalu jumlah kes baharu setiap hari melepasi 10,000, lapor Xinhua.

Menurut data itu, kadar peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 sejak dua hari lalu adalah sekitar 35 peratus. Jumlah kes baharu yang didaftarkan setiap hari meningkat hampir dua kali ganda sejak dua hari lalu.

Setakat ini, jumlah COVID-19 di India berjumlah 43,257,730 dengan kadar kes positif harian sebanyak 2.35 peratus manakala kadar kes positif mingguan 2.38 peratus. 

Selain itu, 11 orang meninggal dunia akibat wabak itu di seluruh negara sejak pagi Rabu, menjadikan korban setakat ini berjumlah 524,803.

Meskipun menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam jumlah kes baharu COVID-19 setiap hari, pihak berkuasa kesihatan menolak kemungkinan berlakunya gelombang COVID-19 lain di negara itu.

Setakat ini, masih terdapat 58,215 kes aktif di negara ini – peningkatan sebanyak 4,578 dalam tempoh 24 jam lalu.

Terkini, 42,674,712 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, termasuk 7,624 orang dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam lalu. - BERNAMA 

Advertisement