Anda di sini

Lelaki warga asing didenda RM300,000, 18 bulan penjara

Advertisement
 Tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.
BERSALAH: Tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing didenda RM300,000 dan 18 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memindahkan 500 liter minyak petrol tanpa permit, awal bulan ini.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Rajul Diliun, 45, mengikut Seksyen 20(1), Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(2) Akta 122.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua tahun lagi jika gagal membayar denda dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas menjalani hukuman penjara untuk dihantar ke negara asal.

Tertuduh dipercayai melakukan perbuatan itu pada 1 Jun lepas, kira-kira jam 11.40 pagi di sebuah stesen minyak di Semporna.

Mengikut fakta kes, tertuduh bersama beberapa lagi yang lain ditahan sepasukan anggota polis ketika Ops Kontraban.

Tertuduh ketika itu sedang leka mengisi minyak petrol di sebuah stesen minyak ke dalam 20 gelen yang dipercayai diangkut menggunakan kereta sorong.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) Malai Rosidi Malai Muhamad.

  • oleh
  • Advertisement