Anda di sini

Keldai akaun didenda RM500

Advertisement
 

MIRI: Seorang keldai akaun didenda RM500 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan memiliki wang secara tidak sah.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah Teow Kah Seng, 23, dari Pulau Pinang mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1958 (Sarawak).
    
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda maksimum RM500, jika sabit kesalahan.
    
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah memiliki wang berjumlah RM1,666.60 yang diperolehi secara tidak sah.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.21 pagi, 19 Mei 2020 di sebuah sublot di Jalai Maigold, Golden Villa Senadin di sini.
    
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan ini merupakan kesalahan pertamanya.
    
Tambahan dia hanya bekerja sebagai jurujual dan tiba di sini semalam dari Pulau Pinang bersama kakaknya hanya untuk hadir ke mahkamah hari ini.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Syahrizan Taha.

Tertuduh dibenar bebas setelah membayar denda tersebut.

Advertisement