Anda di sini

Empat maut dalam kemaraan cuaca buruk di Turki

Advertisement
Gambar diambil kelmarin menunjukkan kawasan yang dinaiki air berikutan hujan lebat di daerah Akyurt,  Ankara. — Gambar AFP
Gambar diambil kelmarin menunjukkan kawasan yang dinaiki air berikutan hujan lebat di daerah Akyurt,  Ankara. — Gambar AFP

ANKARA: Hujan lebat, angin dan banjir kilat dijangka di utara dan tengah Turki kelmarin, selepas banjir pada hujung minggu yang dilaporkan menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang lemas.

Amaran cuaca buruk dikeluarkan di 42 pekan dan bandar di utara dan tengah, termasuk bandar utama Ankara.

Sekolah telah ditutup di Ankara dan pekan tengah Gemerek. 

Pada tahun lepas, kira-kira 100 maut dalam kejadian cuaca buruk termasuk banjir kilat, kebakaran hutan dan kemarau.

Bencana tersebut mendesak perubahan iklim kepada agenda 
politik terutama dalam kalangan para pengundi muda.

Hujan lebat dan hujan ribut melanda melalui bahagian utara dan tengah pada hujung minggu, menyebabkan banjir yang membunuh tiga orang berhampiran Ankara dan seorang lagi di wilayah tengah Karaman,  lapor media tempatan.

Perkhidmatan penyelamat kelmarin masih mencari seorang mangsa yang hilang di wilayah Ankara.

Beberapa bandar juga mengalami kerosakan akibat banjir.

Lapan kampung di wilayah utara Kastamonu kelmarin masih terputus hubungan selepas beberapa jalan rayanya runtuh. — AFP

Advertisement