Anda di sini

Lima maut dalam serangan di tenggara Mali

Advertisement
Kelihatan menara antena sebuah syarikat telefon tempatan musnah akibat serangan disyaki angkara pejuang jihad di Gorouol, barat daya Niger berhampiran sempadan dengan Burkina Faso baru-baru ini. — Gambar AFP
Kelihatan menara antena sebuah syarikat telefon tempatan musnah akibat serangan disyaki angkara pejuang jihad di Gorouol, barat daya Niger berhampiran sempadan dengan Burkina Faso baru-baru ini. — Gambar AFP

BAMAKO: Satu serangan di sebuah pos pemeriksaan di tenggara Mali kelmarin mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang, termasuk pegawai kastam dan orang awam, menurut sumber tempatan dan tentera.

Ketika seorang sumber tentera memberitahu AFP bahawa satu serangan pengganas telah membunuh tujuh orang awam dan pegawai kastam di pos pemeriksaan Koutiala, manakala seorang kaunselor tempatan menyatakan angka kematian seramai lima orang.

Kedua-dua sumber tidak memberikan keadaan orang awam dan pegawai kastam yang terlibat.

“Pihak musuh turut mengalami kerugian,” kata sumber tentera sambil menambah situasi sekarang berada dalam kawalan.

Pada masa serangan, tentera Mali sedang melakukan satu operasi di kawasan Koutiala, berhampiran sempadan dengan Burkina Faso.

Sejak 2012, Mali telah digegarkan keganasan pejuang jihad diketuai kumpulan dikaitkan dengan Al-Qaeda dan kumpulan dikenali sebagai Islamic State (IS).

Keganasan bermula di utara, kemudian merebak ke tengah dan  ke negara jiran Burkina Faso dan Niger.

Keganasan antara kaum dan jenayah adalah juga biasa berlaku.

Negara telah diperintah junta tentera sejak Ogos 2020, ketika para kolonel yang berang dengan kegagalan membawa semula pejuang telah menggulingkan pemimpin dilantik di negara itu Ibrahim Boubacar Keita.

Mereka kemudian melakukan rampasan kuasa de facto yang kedua pada Mei 2021, namun memberikan janji akan menyerahkan kawalan semula pada Februari 2022.

Garis masa itu telah ditunda baru-baru ini kepada dua tahun. – AFP

Advertisement