Anda di sini

Tiga lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Hong Kong

Advertisement
Pihak media mengambil gambar parang yang dirampas pihak polis sebagai bahan bukti yang digunakan dalam pertempuran dua geng kongsi gelap di Hong Kong. — Gambar AFP
Pihak media mengambil gambar parang yang dirampas pihak polis sebagai bahan bukti yang digunakan dalam pertempuran dua geng kongsi gelap di Hong Kong. — Gambar AFP

HONG KONG, China: Sebuah kumpulan yang bersenjatakan parang telah menyerang sebuah kumpulan musuh di salah satu dari daerah kehidupan malam paling sibuk di Hong Kong pada awal pagi kelmarin, dengan pertempuran menyebabkan seorang lelaki mengalami kecederaan akibat tembakan  dan dua orang lagi tercedera,  menurut pihak polis.

Rakaman  kamera  papan pemuka yang dramatik, menunjukkan lelaki bersenjatakan pisau meluru keluar dari sebuah kereta dan menyerang sebuah kenderaan berhampiran sebelum tiba-tiba berpaling dan melarikan diri, telah tersebar secara meluas.

Superintenden kanan Tony Ho menyatakan insiden merupakan satu kes  bagi “serangan balas” di antara dua buah kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai kongsi gelap mengenai pembahagian  keuntungan  dari  aktiviti jenayah seperti  dagangan dadah dan perjudian haram.

"Insiden  telah dihasut oleh dua buah kumpulan kongsi gelap, mereka saling bertelagah antara satu sama lain  selama ini,” Ho memberitahu wartawan, sambil menambah bahawa empat orang lelaki telah ditangkap.

Tiga buah kereta  milik salah satu kumpukan sedang menunggu di lampu isyarat ketika mereka telah diserang oleh sekurang-kurang lapan penyerang, kata Ho, namun  serangan hendap segera ditolak.

Sekurang-kurangnya dua das tembakan  telah ditembak terhadap penghasut, tambah superintenden, walaupun tiada maklumat telah diberikan mengenai identiti penembak.

Pada awal hari tersebut, satu bahagian  jalan raya berhampiran  kawasan terkenal Lan Kwai Fong  telah ditutup oleh pegawai tentera, ketika mereka mencari sebuah kereta Lexus dengan bahagian tepi dan depannya renyuk untuk bukti.

Sebuah video dari kamera papan pemuka,  yang mana lokasinya, format masa dan kejadian menyerupai keterangan polis mengenai perbalahan, muncul kelmarin, walaupun AFP tidak mampu untuk mengesan asal rakaman yang sebenarnya.

Video menunjukkan satu barisan kenderaan berhenti di satu persimpangan trafik, ketika penyerang bersenjatakan pisau menyerupai parang  melangkah keluar dari sebuah kereta yang kelihatan sebagai Lexus meninggalkan  tempat kejadian kelmarin, dan mula menyerang sebuah kereta putih berhampiran.

Ketika lelaki tersebut memulakan serangan, sebuah van hitam yang berada di belakang kereta putih merempuh ke arah  kereta penyerang, melanggar sekurang-kurangnya  dua orang dari penyerang  sebelum memecut laju dari tempat kejadian.

Beberapa orang lelaki bersenjatakan pisau berlari ke arah tempat, namun selepas  meneruskan dengan serangan selama beberapa saat, kebanyakan dari pelaku tiba-tiba berpusing dan meninggalkan tempat kejadian.

Polis menerima laporan mengenai  perbalahan pada jam 2:40 pagi  waktu tempatan dan tiba di tempat kejadian untuk mencari enam orang lelaki, semuanya berasal dari kumpulan yang memulakan serangan.

Pihak berkuasa telah menahan tiga orang dari mereka, berusia di antara 23 dan 42 tahun, bagi cubaan mencederakan dan memiliki senjata  bagi serangan, dan turut menangkap seorang berusia 36 tahun selepas dia dibawa  ke hospital  akibat kecederaan kaki.

Di antara  dua  orang lelaki yang masih ada, seorang berusia 25 tahun  telah menjalani pembedahan pada tengah hari kelmarin disebabkan oleh kecederaan akibat tembakan  di bahagian perut dan  seorang yang berusia 30 tahun tercedera di kepala.

Sebiji peluru 9mm yang mungkin telah ditembak dengan sepucuk pistol separuh automatik, satu selongsong peluru dan sembilan bilah pisau telah dtemui di tempat kejadian, menurut kepada polis.

Superintenden Ho  menyatakan polis telah cuba untuk mencari senjata api yang digunakan, namun menambag bahawa  orang awam seharusnya  tidak dikejutkan  bagi “satu insiden terpencil,” menyatakan jenayah senjata di Hong Kong masih jarang berlaku.

Beberapa jam  selepas serangan, polis menemui bangkai sebuah kereta yang hangus di kawasan luar bandar Pat Heung,  yang disyaki sebagai milik kumpulan yang diserang.

Kongsi gelap Hong Kong mengesan asal mereka dengan pertubuhan persaudaraan China kurun ke-19.

Ketika mereka mempunyai  sedikit kuasa ketika zaman kegemilangan mereka pada 1970-90, mereka masih wujud di bandar, terutama ketika ia melibatkan rangkaian peras ugut dan penyeludupan. – AFP
 

Advertisement