Anda di sini

2,000 orang tinggalkan kediaman ekoran kebakaran hutan di Sepanyol

Advertisement
Sebuah helikopter sedang memadam kebakaran di banjaran gunung Sierra Bermeja di Malaga, kelmarin. — Gambar AFP
Sebuah helikopter sedang memadam kebakaran di banjaran gunung Sierra Bermeja di Malaga, kelmarin. — Gambar AFP

MADRID, Sepanyol: Kira-kira 2,000 orang telah dipindahkan semalaman ketika satu kebakaran berlaku melalui sebuah kawasan hutan di sekatan Sepanyol di kawasan yang teruk dilanda kebakaran hutan sejak sembilan bulan lepas, anggota penyelamat berkata kelmarin.

Kebakaran bermula pada tengah hari Rabu di kawasan pergunungan Sierra Bermeja, yang terletak di pedalaman pusat peranginan  Estepona. 

Wilayah tersebut sedang berdepan dengan gelombang haba yang dijangka akan menyebabkan suhu naik atas paras 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit) dalam masa beberapa hari akan datang.

“Hampir 1,000 orang” telah didaftarkan bagi membantu usaha menghadapi kebakaran dan memastikan keselamatan di kawasan Pujerra, perkhidmatan kecemasan 112 di selatan wilayah Andalusia berkata dalam  Twitter. 

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 500 orang merupakan anggota bomba hutan.

Usaha bagi mengawal kebakaran terbukti “sukar” disebabkan angin kuat, kekurangan daya penglihatan dan kesukaran untuk masuk kawasan cerun dan pergunungan.

“Secara keseluruhan, kira-kira 2,000 orang telah dipindahkan,” kata perkhidmatan kecemasan.

Bercakap pada petang Rabu lepas, ketua wilayah Andalusia, Juanma Moreno menyatakan tiga anggota bomba hutan telah tercedera ketika usaha untuk mengawal kebakaran, salah seorang mengalami "melecur sehingga 25 peratus” dan telah dibawa ke unit kelecuran di hospital Malaga.
 
"Satu malam yang sukar di Sierra Bermeja," tulis Perdana Menteri Pedro Sanchez dalamTwitter, mengucapkan terima kasih kepada anggota penyelamat dan anggota bomba bagi usaha mereka dan menyuarakan “perpaduan dengan penduduk yang terjejas” akibat kebakaran.

Pada September lepas, satu kebakaran hutan besar marak selama tujuh hari di kawasan Sierra Bermeja, membunuh seorang anggota bomba dan memaksa 2,600  orang meninggalkan rumah mereka ketika ia marak di tanah seluas kira-kira  10,000 hektar (24,700 ekar). – AFP
 

Advertisement