Anda di sini

Polis Switzerland temukan mayat anak lelaki Gabenor Indonesia

Advertisement
 

JAKARTA: Polis Switzerland mengumumkan penemuan mayat anak lelaki sulung Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil, yang dilapor dihanyutkan arus sungai pada 26 Mei.

Mayat Emmeril Khan Mumtadz, 22, ditemukan dalam zon limpahan empangan Engehalde di Bern pada 6.50 pagi, 8 Jun.

Hasil bedah siasat mengesahkan identiti dan punca kematiannya lemas, kata Duta Besar Indonesia ke Switzerland Muliaman D. Hadad dalam satu sidang media secara langsung.

Emmeril dipercayai dihanyutkan arus sungai secara tiba-tiba semasa berenang pada waktu pagi di Sungai Aare,manakala kakak dan rakannya diselamatkan oleh perenang lain.

Mayat Emmeril ditemui pihak berkuasa pada hari ke 12 usaha mencari dan menyelamat. Mangsa dikatakan berada di ibu negara Switzerland itu untuk mengikuti program ijazah sarjana. - BERNAMA
 

Advertisement