Anda di sini

Pope seru rundingan sebenar bagi perang Ukraine

Advertisement

KOTA VATICAN: Pope Francis memperbaharui permintaan kelmarin bagi rundingan sebenar untuk menamatkan apa yang beliau gelarkan sebagai kesan berbahaya yang meningkat akibat konflik di Ukraine.

Ketika kemarahan untuk kemusnahan dan kematian serta kesan pertempuran, mencetuskan satu peningkatan dan semakin berbahaya kepada semua, saya memperbaharui rayuan saya kepada para pemimpin negara: Tolong jangan bawa kemanusiaan  ke arah kemusnahan, menurut ketua paderi dari tingkap istana apostolik di St Peters Square.

Pope duduk di kerusi roda berikutan menerima rawatan lutut, merayakan Misa Pentekosta di St. Peters Square, kelmarin. - Gambar AFP
Pope duduk di kerusi roda berikutan menerima rawatan lutut, merayakan Misa Pentekosta di St. Peters Square, kelmarin. - Gambar AFP

Lebih seratus hari sejak bermulanya peperangan, paus menyeru bagi rundingan sebenar untuk satu gencatan senjata dan satu solusi bagi menamatkannya.

Pada  Sabtu lepas, paus berusia 85 tahun mengesahkan keinginannya untuk melawat Ukraine, namun menyatakan beliau menunggu masa yang tepat.

Berpuluh ribu orang telah terkorban, berjuta-juta orang terpaksa melarikan diri dan pekan telah berubah menjadi runtuhan sejak Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan satu serangan secara menyeluruh ke atas negara jiran pro-Barat pada 24 Februari.  - AFP

Advertisement