CHITTAGONG, Bangladesh: Angka kematian akibat satu kebakaran dan letupan di sebuah depoh kontena perkapalan di Bangladesh mencecah 25 orang kelmarin dan dijangka akan terus meningkat, menurut seorang pegawai kanan kesihatan.
Dua puluh lima orang telah meninggal dunia dalam kebakaran termasuk lima orang anggota bomba. Angka kematian dijangka akan meningka ketika kebakaran masih belum berjaya dikawal sepenuhnya, pengarah jabatan kesihatan Hasan Shahriar memberitahu AFP.

Kebakaran berlaku pada Sabtu kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan di fasiliti penyimpanan kontena di Sitakunda, kira-kira 40 kilometer dari Pelabuhan utama selatan di Chittagong.
Kira-kira sejam kemudian, beratus-ratus orang telah cuba untuk memadamkan api ketika beberapa buah kontena yang menyimpan bahan kimia telah meletup, briged bomba memberitahu wartawan.
Beberapa orang saksi menyatakan kebakaran menyelubungi penduduk yang telah cuba memadamkan kebakaran dan menggegarkan beberapa buah bangunan kediaman beberapa kilometer jauhnya.
Mangsa yang tercedera termasuk sekurang-kurangnya 40 anggota bomba dan 10 anggota polis, ketua polis wilayah Chittagong Anwar Hossain memberitahu AFP. - AFP