Anda di sini

Persidangan Antarabangsa bincangkan masalah dan penyelesaian alam sekitar

Advertisement
 Tetamu serta peserta merakamkan gambar kenangan semasa Persidangan Antarabangsa Alam Sekitar di Watlands Kota Kinabalu.
KENANGAN: Tetamu serta peserta merakamkan gambar kenangan semasa Persidangan Antarabangsa Alam Sekitar di Watlands Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Edisi pertama Persidangan Alam Sekitar antarabangsa yang diadakan di tanah lembap sebenar membuka wadah bagi membincangkan masalah serta penyelesaian alam sekitar.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, persidangan akan diadakan 4 hingga 5 Jun di Tapak Ramsar Wetland Kota Kinabalu sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut setiap 4 Jun.  

“Persidangan dianjurkan bersama oleh Kelab Rotary Luyang dan Kelab Rotary Kuching adalah satu siri persidangan untuk pakar membincangkan masalah dan penyelesaian untuk alam sekitar.  

“Tema persidangan 'Menanam Semula untuk Masa Depan Kita' meramalkan wacana aktif mengenai usaha pemulihan untuk alam sekitar bagi memastikan masa depan selari yang sihat untuk kehidupan di Bumi,” katanya sambil menambah persidangan kali kedua bakal diadakan di Kuching pada 2024 depan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin dalam ucapan perasmiannya berkata persekitaran alam semula jadi di Sabah tidak hanya berkaitan dengan pelancongan tetapi juga dalam kehidupan seharian. 

“Jika tindakan membenarkan lebih banyak hutan hujan ditebang, bumi akan mengalami perubahan iklim seterusnya merekodkan suhu yang lebih tinggi dalam persekitaran.  

“Keadaan ini memberi kesan kepada banyak aspek lain dalam kehidupan dan sektor ekonomi yang lainnya,” katanya.

Teks ucapannya disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai


Sementara itu Ahmad Ismail memaklumkan walaupun lebih banyak spesies flora dan fauna yang tidak diketahui, Malaysia berada di kedudukan antara dua belas negara mega-biodiversiti terbaik di dunia.  

Beliau yang mempunyai latar belakang Biologi, pengkhususan dalam Pemuliharaan Hidupan Liar, Ekologi Hidupan Liar, dan Ekotoksikologi beekata negara menampung 60 hingga 70 peratus daripada biodiversiti dunia yang direkodkan dan pentingnya keperluan untuk memelihara dan memulihara biodiversiti kita.

Persidangan alam sekitar ini dihadiri  penceramah antarabangsa dan tempatan dengan menyentuh tiga topik utama termasuklah Mengekalkan Biodiversiti Terestrial, Isu dan Cabaran dalam Kehidupan Marin, dan Trend serta Perubahan dalam Isu Merentas.  

Dalam pada itu sepanjang persidangan dijalankan, ahli rotary bertindak memimpin melalui teladan wacana, kesedaran dan tindakan alam sekitar.

Persidangan juga bagi mengenal pasti projek-projek utama di lokaliti yang akan disiapkan bersama setiap persidangan alam sekitar selain mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang awam bagi pelaksanaan projek alam sekitar yang boleh dianjurkan oleh Rotary.  

Inisiatif ini juga adalah untuk mendidik, melibatkan diri dan memberi komitmen kepada generasi muda terhadap usaha perlindungan alam sekitar.
 

  • oleh
  • Advertisement