Anda di sini

SK Wira Jaya anjur Minggu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris

Advertisement
Peserta dan guru bergambar bersama barisan pentadbir sekolah sejurus usai majlis.
Peserta dan guru bergambar bersama barisan pentadbir sekolah sejurus usai majlis.

MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah komitmen warga pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya dalam membentuk generasi muda yang bijak pandai.

Selari dengan usaha itu, Pusat Sumber SK Wira Jaya bersama panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bekerjasama menganjurkan "Minggu Bahasa dalam Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris Peringkat SK Wira Jaya" (MBMMBI).

Ini merupakan satu kesinambungan program bahasa yang dianjurkan pihak sekolah pada setiap tahun.  

Guru Besar (tengah) sempat meluangkan masa bersama sebahagian guru yang menjayakan majlis tersebut.
Guru Besar (tengah) sempat meluangkan masa bersama sebahagian guru yang menjayakan majlis tersebut.

Antara lain objektif program ini diadakan adalah menyedarkan warga sekolah terutamanya murid-murid tentang kepentingan penggunaan bahasa yang betul dalam penyebaran ilmu.

Di samping itu, mencungkil bakat yang ada pada diri murid untuk menyertai aktiviti yang berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 

Program ini juga memberi banyak manfaat kepada murid-murid dalam mengembangkan bakat mereka. 

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

Selain itu, melalui program ini, pihak sekolah dapat  memilih murid-murid berbakat mewakili sekolah ke peringkat yang tinggi dalam bidang bahasa.

Minggu MBMMBI ini diadakan selama sebulan mengikut aktiviti yang telah dirancang oleh kedua-dua panitia yang dipertanggungjawabkan. 

Antara aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan bercerita, pertandingan mengarang cerita, kuiz bahasa, bicara buku dan resensi buku mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Persembahan bercerita Bahasa Melayu Durratul Jannah yang menghiburkan.
Persembahan bercerita Bahasa Melayu Durratul Jannah yang menghiburkan.

Sementara itu, Guru Besar SK Wiea Jaya Rosnah Posa dalam ucapannya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada tahun akan datang.  

Menurut beliau, aktiviti sebegini memberi impak yang besar kepada murid untuk mengembangkan bakat dan mengharapkan lebih ramai bakat murid dapat ditonjolkan dalam dua bidang utama sekoah iaitu akademik dan kokurikulum secara seimbang. 

Beatrice dan Jacry Felik menghiburkan penonton dengan dendangan lagu guru tersayang.
Beatrice dan Jacry Felik menghiburkan penonton dengan dendangan lagu guru tersayang.

Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah merupakan medan pertama murid. 

Beliau juga berharap murid lebih berani untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti berfaedah itu. 

Dalam majlis tersebut, adik Durratul Jannah Shuhaimi dari kelas 1 Pintar diumumkan sebagai pemenang bagi Pertandingan Bercerita Kategori Bahasa Melayu bagi Tahap 1.
 

Advertisement