Anda di sini

Recarly johan pertandingan Little Glam Kaamatan 2022

Advertisement
 Para finalis Little Glam Kaamatan 2022 merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Para finalis Little Glam Kaamatan 2022 merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Recarly Shavenley Roger dinobatkan sebagai johan pertandingan Little Glam Kaamatan 2022.

Recarly berusia 12 tahun dan berasal dari tambunan berjaya menewaskan 40 peserta lain. Acara berkenaan diadakan pada 21 Mei 2022 di Tingkat 4, Palm Square, Pusat Beli-belah Centre Point Sabah.

Recarly membawa pulang mahkota, trofi, selempang, hamper dan hadiah wang tunai.

Naib juara dimenangi oleh Melody Chia, 9, dari Kota Kinabalu. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Joy Crystal Han, 11, dari Penampang. 

Para peserta turut bertanding untuk mendapat tiga gelaran khas iaitu Miss Popular, dimenangi oleh Queenvania Prescilya (12) dari Papar, Pakaian Terbaik dimenangi oleh Melody Chia dan Persembahan Terbaik juga dimenangi oleh Recarly.

Pertandingan Kaamatan Little Glam 2022 kali ini telah diadakan di kawasan terbuka di dalam pusat beli-belah itu, selepas dijalankan secara atas talian sejak dua tahun lalu akibat musim pandemik.

Pertandingan ini menyaksikan peserta perempuan berumur seawal 3 sehingga 12 tahun cuba bersaing untuk merebut gelaran juara.

  • oleh
  • Advertisement