Anda di sini

Malam Ramah Mesra Aidilfitri 2022 Tanjung Aru meriah

Advertisement
 Reduan (tengah) ketika meninjau pondok berhias menyertai pertandingan berkenaan.
TINJAU: Reduan (tengah) ketika meninjau pondok berhias menyertai pertandingan berkenaan.

KOTA KINABALU: Ratusan penduduk dari sekitar Kampung Tanjung Aru Lama hadir bersama untuk memeriahkan lagi suasana Malam Ramah Mesra Aidilfitri 2022 yang diadakan semalam.

Majlis berkenaan merupakan anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Aru Reduan Aklee bersama para tetamu kehormat.

Sekian lama sambutan seumpamanya tidak diadakan disebabkan Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini khususnya di Sabah.

Oleh yang demikian, majlis keramaian masyarakat yang diadakan itu juga sempena dengan suasana Syawal atas inisiatif UPPM Tanjung Aru serta kerjasama para Ketua-Ketua Kampung serta pemimpin akar umbi yang lain di kawasan terbabit.

Para penduduk yang hadir turut disajikan dengan pelbagai pertandingan seperti pondok berhias, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Selain itu, pelbagai gerai makanan juga dibuka kepada penduduk untuk menjamu selera masing-masing.
 

  • oleh
  • Advertisement