Anda di sini

Leclerc mendahului dalam latihan menjelang F1 Grand Prix Monaco

Advertisement
Aksi Leclerc semasa dalam sesi latihan menjelang perlumbaan F1 Grand Prix Monaco di litar jalanan Monaco. — Gambar AFP
Aksi Leclerc semasa dalam sesi latihan menjelang perlumbaan F1 Grand Prix Monaco di litar jalanan Monaco. — Gambar AFP

MONTE CARLO:  Charles Leclerc mendahului latihan untuk Ferrari di Grand Prix Monaco kelmarin, mendahului dalam sesi sengit di hadapan Sergio Perez pemandu Red Bull.

Pemandu berusia 24 tahun itu mencatat pusingan terpantas satu minit dan 14.531 saat, mengatasi pemandu dari Mexico itu dengan hanya 0.039 saat pada hari yang sangat panas di wilayah Mediterranean ini.

Rakan sepasukan Ferrarinya, Carlos Sainz berada di tempat ketiga di hadapan juara dunia Max Verstappen, diikuti dengan Lando Norris di tempat kelima untuk McLaren.

Pierre Gasly tamat di tempat keenam untuk Alpha Tauri di hadapan Daniel Ricciardo pemandu McLaren, diikuti dua pemandu Mercedes George Russell dan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton di tempat kesembilan disusuli oleh Sebastian Vettel.

Selepas prestasi mereka yang lebih baik di Sepanyol, Hamilton tidak berpuas hati dengan henjutan di dalam keretanya, merungut di pusingan penutup bahawa “kereta sangat melambung-lambung, saya sudah naik gila”.

Pada petang cantik di Riviera, aksi bermula dengan suhu trek 54 darjah dan udara pada 28.

Pemandu terus memecut dan Sainz pantas menamatkan pusingan penanda namun selepas 10 minit, Leclerc sudah mendahului dalam 1:16.020, di hadapan Sainz dan Verstappen.

Norris, masih dengan penyakit tonsilitis, berada di tempat keempat di depan Hamilton.

Hamilton sebelumnya dibenarkan untuk terus berlumba dengan menggunakan tindikan barang kemasnya, termasuk tindikan hidung, selepas FIA pelarangan barang kemas ke bulan depan.

“Jujurnya, saya rasa terlalu banyak masa dan tenaga dibazirkan untuk ini,” katanya kepada pemberita. “Saya telah mengulangi bahawa saya menanggalkan anting-anting telinga setiap kali saya berada di dalam kereta.

“Saya fikir kami semua ada memakai barang kemas sepanjang kerjaya kami di Formula Satu dan ia tidak pernah menjadi masalah pada masa lalu dan tidak seharusnya menjadi masalah sekarang.”

Bendera merah dinaikkan selepas 20 minit apabila Mick Schumacher terbabas ke pintu masuk pit-lane dalam kereta Haas.

Keretanya mengalami masalah kotak gear, dan telah dibaiki dengan cepat, tetapi seperti Valtteri Bottas yang mengalami masalah sama di Alfa Romeo, sesinya telah berakhir.

Perhentian hanya selama empat minit sebelum Lance Stroll sekali lagi mendahului permulaan semula dan Hamilton, menghampiri belakang juara Verstappen.

Ia sangat sengit dan kompetitif, dengan perbezaan kurang daripada 0.8 saat memisahkan 11 pemandu tepantas dari tujuh pasukan yang berbeza.

Pada 15 minit terakhir, kedua-dua Red Bulls memecut, menyaksikan Verstappen 0.188 saat lebih pantas kepada Perez sehingga mereka berduai dipintas oleh Leclerc. — AFP
 

Advertisement