Anda di sini

Dua pendaki gunung di Alps Swiss mati terjatuh

Advertisement
 

VERBIER: Seorang wanita Perancis dan seorang rakyat Sepanyol terbunuh sementara sembilan lagi pendaki gunung tercedera kelmarin dalam kejadian runtuhan ais di barat daya Switzerland, menurut pihak polis selepas satu cubaan menyelamat melibatkan beberapa helikopter.

Pihak polis menerima panggilan pada jam 6.20 pagi yang melaporkan bahawa sekumpulan pendaki gunung telah terperangkap dalam ais yang jatuh, bahagian ais glasier yang membentuk gaung yang dalam, di Grand Combin, kawasan glasier berhampiran sempadan Itali di wilayah Wallis.

Tujuh helikopter membawa pakar penyelamat gunung berlepas ke tempat kejadian, menemui 17 pendaki yang telah berpisah bersama beberapa kumpulan lain.

“Dua maut di tempat kejadian,” menurut polis Wallis dalam satu kenyataan.

Mereka adalah seorang wanita Perancis berusia 40 tahun dan seorang lelaki berusia 65 tahun dari Sepanyol.

Sembilan pendaki telah dibawa dengan helikopter ke beberapa hospital di kawasan berhampiran Sion dan di Lausanne.

Dua daripada mereka mengalami kecederaan parah, menurut polis.

Pendaki gunung lain telah dibawa keluar dengan helikopter.

Pendakwa raya umum wilayah telah membuka satu siasatan bagi menetukan punca kejadian, menurut pihak polis.

Runtuhan ais berlaku pada ketinggian 3,400 meter di bahagian Plateau de Dejeuner di sepanjang laluan Voie du Gardien.

Banjaran puncak gunung Grand Combin mempunyai tiga gunung di atas aras 4,000 meter, yang tertinggi adalah Combin de Grafeneire pada ketinggian 4,314 meter.

Pihak polis mengemukakan satu nota amaran mengenai ekspedisi pada altitud tinggi.

“Ketika isoterma sifar darjah Celsius adalah kira-kira 4,000 meter di atas paras laut, lebih baik untuk lebih berjaga-jaga atau tidak mencuba laluan sekiranya berasa curiga,” menurut polis Wallis.

“Peraturan penting adalah untuk mendapatkan maklumat lebih awal daripada para pemandu arah gunung mengenai laluan yang dipilih dan kebolehlaksanaan terkininya.” — AFP
 

Advertisement