Anda di sini

Penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah bukti kerajaan GRS-BN prihatin: Zainuddin

Advertisement
ZAINUDDIN SABU
ZAINUDDIN SABU



KOTA KINABALU: Pelancaran Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dijangka diadakan bulan hadapan jelas memberi gambaran kerajaan negeri yang dipimpin Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) hari ini amat menitik berat soal pendidikan anak-anak Sabah.


Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Beluran, Zainuddin Sabu (gambar) berkata usaha tersebut membuktikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor amat prihatin terhadap aspek pendidikan bagi membolehkan ramai anak Sabah melanjutkan pengajian.


"Saya amat menyokong usaha yang dilakukan Ketua Menteri dalam menubuhkan tabung pendidikan ini kerana saya yakin ianya dapat membantu anak Sabah untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).


"Saya pasti pendekatan ini dapat merealisasikan impian ramai anak-anak Sabah yang berminat untuk melanjutkan pelajaran untuk mencapai cita-cita masing-masing yang secara langsung melahirkan lebih ramai anak Sabah yang berpelajaran serta berdaya saing.


"Usaha ini jelas menunjukkan Ketua Menteri prihatin terhadap situasi yang dihadapi para ibu bapa terutama golongan B40 yang mungkin berdepan dengan kekangan dana untuk menghantar anak-anak untuk melanjutkan pelajaran, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo bagi mengulas mengenai pelancaran TPNS yang diumumkan Hajiji dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Sabah (SICC), Isnin lalu.


Hajiji berkata, penubuhan TPNS itu bertujuan memastikan lebih ramai anak-anak Sabah mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke IPT sama ada di dalam atau pun luar negara.


Jelas beliau, tabung itu nanti dijangka dilancarkan pada bulan hadapan.


“Penubuhan TPNS adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015-2023. Usaha berkenaan juga selaras dengan salah satu teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat,” kata Hajiji.

  • oleh
  • Advertisement