Anda di sini

Pakaian, selimut untuk warga Ukraine musnah dalam kebakaran di Greece

Advertisement
Timbunan pakaian dan selimut yang hangus dilihat di atas lopak air selepas kebakaran di Peace and Friendship Stadium di daerah Piraeus, Athens kelmarin. — Gambar AFP
Timbunan pakaian dan selimut yang hangus dilihat di atas lopak air selepas kebakaran di Peace and Friendship Stadium di daerah Piraeus, Athens kelmarin. — Gambar AFP

PIRAEUS: Kebakaran pada awal kelmarin telah memusnahkan 20 tan pakaian dan selimut yang didermakan di Greece, bagi pelarian Ukraine yang dilanda peperangan, kepada satu kumpulan bantuan.

Kebakaran berlaku di sebuah kawasan simpanan di luar Peace and Friendship Stadium berhampiran pelabuhan Piraeus, menurut jabatan bomba.

“Orang datang ke sini setiap hari untuk menderma.  Saya berasa sangat sedih untuk berada dalam situasi ini, melihat sumbangan yang musnah,” Ioannis Spanolios, pengasas bagi kumpulan bantuan Oloi Mazi Boroume, berkata di kawasan hangus, sambil menahan air mata.

Seorang jurucakap  bomba menyatakan kebakaran telah dipadamkan dan puncanya masih dalam siasatan. 

Tiada sesiapa yang tercedera.

Satu timbunan ubat-ubatan dan makanan tidak terjejas, penyelaras bantuan Irina Bortnyk memberitahu AFP.

Greece telah menerima lebih 30,000 pelarian dari  Ukraine,  termasuk hampir 8,000 orang bawah umur. — AFP 
 

Advertisement