Anda di sini

Kegemilangan Liverpool kembali

Advertisement

LIVERPOOL: “Kami tidak berada di sini dengan keajaiban,” kata Jurgen Klopp tentang penampilan ketiga Liverpool dalam final Liga Juara-Juara dalam tempoh lima tahun. “Kami layak di sini.” 

Real Madrid menjadi pencabar Reds di Stade de France hujung minggu ini, sama seperti empat tahun yang lalu dalam final Piala Eropah pertama Liverpool di bawah guru Jerman mereka.

Kekalahan 1-3 di Kyiv pada malam itu akibat dua kesilapan penjaga gol Loris Karius, dengan kehilangan pemain bintang Mohamed Salah yang terkehel bahu. 
“Ia malam yang sukar bagi kami,” Klopp mengimbau kembali kelmarin.

Skuad Liverpool giat menjalani sesi latihan sebagai persiapan untuk perlawanan final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid. — Gambar AFP
Skuad Liverpool giat menjalani sesi latihan sebagai persiapan untuk perlawanan final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid. — Gambar AFP

Sebaliknya, setahun kemudian, The Reds kembali ke pentas terbesar untuk membetulkan kesilapan tersebut dengan mengalahkan Tottenham di Madrid untuk menjulang Piala Eropah keenam.

Sejak itu Klopp juga telah menamatkan penantian 30 tahun Liverpool untuk memenangi gelaran liga, pada tahun 2020.

“Jika saya duduk di sini selama empat tahun, saya cukup yakin kita akan merangkul satu gelaran,” kata Klopp ketika dia baru tiba sebagai pengurus Liverpool. Tujuh tahun kemudian, mereka berada di ambang memenangi tiga piala dalam satu musim.

Final pada hari Ahad akan menjadi perlawanan ke-63 mereka musim ini, setelah melangkah ke peringkat terakhir setiap pertandingan.

Piala Liga dan Piala FA sudah terpamer di bilik trofi Anfield, namun Manchester City berjaya mengusai Liverpool sejak daripada awal tahun ini untuk memenangi perlumbaan gelaran Liga Perdana Inggeris minggu lalu.

“Tanpa Liga Juara-Juara ia akan menjadi musim yang hebat. Dengan Liga Juara-Juara ia akan menjadi musim yang sangat hebat,” kata Klopp.

Merit untuk kejayaan berterusan Liverpool telah dikongsi bersama.

Pengarah sukan kelab, Michael Edwards, telah dipuji dengan pemindahan yang hampir sempurna.

Klopp telah mengalu-alukan beberapa siri pakar dari jurulatih sokongan kepada ahli sains saraf bagi membantu pemainnya menyempurnakan penalti demi kelebihan margin.

Tetapi gandingan kebijaksanaan taktikal, pengurusan dan keperibadian yang telah menggerak gergasi tidur yang sebelumnya bergelut untuk layak ke Liga Juara-Juara kini menjadi kuasa besar Eropah.

“Pemain berhak mendapat pujian yang luar biasa, tetapi semuanya bergantung kepada lelaki itu. Liverpool mempunyai seseorang yang sangat istimewa di singgahsana kelab mereka,” kata bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher.

“Ciptaannya di kelab ini ialah standard yang dia tetapkan, semangat, mentaliti. Sesungguhnya dia suatu penemuan”.

Klopp menggumpulkan enam penghormatan besar sebagai jurulatih Liverpool.

Kekurangan tenaga di The Reds bermakna Klopp perlu memerah setiap titik peluh daripada skuadnya untuk bersaing.

“Selepas final Liga Juara-Juara (di Madrid), saya berkata tidak mungkin untuk memenanginya tanpa pengurus,” kata kapten Liverpool, Jordan Henderson.

“Saya rasa dari hari pertama dia melangkah ke pintu dia telah mengubah segala-galanya dan kami semua telah mengikutinya.”

Ada banyak lagi akan diberikan buat penyokong Liverpool.

Seperti jangkaan sebelum ini, Klopp telah melanjutkan kontraknya sehingga 2026 bulan lalu, menjadikannya di Anfield selama lebih satu dekad.

Pengurus Aston Villa dan bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard telah lama diperkatakan mungkin akan menjadi pengganti. 

“Peminat Liverpool harus menikmati Jurgen Klopp,” kata Gerrard. “Saya fikir dia seorang dari satu juta – dia sehebat itu.” — AFP 
 

Advertisement