Anda di sini

Dua kanak-kanak korban serangan PKK di Dohuk

Advertisement
Ahli keluarga memeriksa Sipan Farhd, 9, yang cedera selepas serangan roket di rantau                                                                                              autonomi Kurdish di Iraq, di hospital di bandar Dohuk di utara Iraq kelmarin di mana dua kanak-kanak dilaporkan terbunuh. — Gambar AFP
Ahli keluarga memeriksa Sipan Farhd, 9, yang cedera selepas serangan roket di rantau autonomi Kurdish di Iraq, di hospital di bandar Dohuk di utara Iraq kelmarin di mana dua kanak-kanak dilaporkan terbunuh. — Gambar AFP

DOHUK: Sekurang-kurangnya dua orang bawah umur telah terbunuh kelmarin ketika roket jatuh di ladang di wilayah autonomi Kurdis di utara Iraq, menurut seorang pegawai tempatan, dalam kebakaran  yang dipersalahkan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap Kurdistan Workers’ Party (PKK).

PKK yang telah melakukan keganasan terhadap negara Turki sejak 1984,  satu konflik yang telah membunuh 40,000 orang, ramai daripada mereka adalah orang awam, menafikan bertanggungjawab.

Ia memiliki beberapa kem latihan dan pangkalan di wilayah autonomi Kurdistan Iraq.

“Serangan artileri menyasarkan sektor Bamarni, membunuh dua orang awam – bawah umur – dan mencederakan dua orang awam lagi,” Warchine Suleimane, ketua daerah tempatan, memberitahu AFP.

Saudara-mara menyatakan bahawa dua kanak-kanak berusia di antara 10 dan 13 tahun telah terkorban dalam serangan itu.

Mereka bercakap kepada AFP di sebuah masjid di pekan Dohuk, di mana mayat-mayat telah dibawa bagi persediaan untuk pengebumian.

Dalam satu kenyataan, pasukan tentera Kurdis yang menangani keganasan menuduh PKK telah “menembak dua roket di kampung Ardana di bahagian Bamarni”, dan mereka menyatakan angka bagi dua kematian dan dua kecederaan.

PKK menyatakan dalam responsnya bahawa “kami menafikan sepenuhnya tuduhan bahwa pasukan tentera kami telah bertanggungjawab bagi menembak  roket tersebut.”

Ia menuduh pihak berkuasa Kurdis Iraw sebagai cuba untuk “memadamklan jenayah perang Turki” di utara Iraq. 

Ankara telah melancarkan satu siri operasi ke atas pejuang PKK di Iraq dan Syria, yang terkini di utara Iraq bermula pada April. 

Ladang yang terkena serangan roket terletak berhampiran dengan sebuah pangkalan tentera Turki.

Ankara dan sekutu Baratnya menyatakan PKK sebagai sebuah  pertubuhan pengganas.

Pihak Kurdistan Iraq telah menyukarkan hubungan dengan PKK kerana kehadirannya di wilayah yang menjejaskan hubungan dagangan penting dengan negara jiran Turki.

Kementerian pertahanan Ankara menyatakan kelmarin bahawa seorang anggota tentera Turki telah terkorban dalam operasi terhadap PKK, menjadikan kematian di kalangan tentera Turki di utara Iraq sejak Selasa kepada enam orang.

Pada minggu lepas, sekurang-kurangnya enam orang, termasuk tiga warga awam, telah terkorban di utara Iraq akibat serangan dron yang menurut pihak berkuasa tempatan telah dilancarkan oleh tentera Turki. — AFP
 

Advertisement