Anda di sini

Bomba padamkan kebakaran wayar Unifi

Advertisement
Kejadian membabitkan wayar Unifi telah berlaku di Jalan Punai, Sarikei awal pagi tadi.
Kejadian membabitkan wayar Unifi telah berlaku di Jalan Punai, Sarikei awal pagi tadi.

SARIKEI: Satu kejadian kebakaran membabitkan wayar jalur lebar telah berlaku di Jalan Punai di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1.19 pagi.

"Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang sejauh dua kilometer dari balai.

"Ketika sampai di lokasi kejadian anggota bomba mendapati wayar Unifi yang terletak di sebuah bangunan telah terbakar.

"Berdasarkan situasi tersebut, anggota bomba bertugas telah bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan air dari tangki jentera," katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan dalam tempoh 15 minit.

Menurut Mahmudin, setelah memastikan keadaan selamat agar tidak berlaku kebakaran berulang pasukan bertolak balik ke balai.

"Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku daripada kejadian tersebut," jelas Mahmudin lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement