Anda di sini

3,000 benih ikan siakap dilepaskan di Tasik Masjid Bandaraya

Advertisement
 Program pelepasan Benih Ikan di Tasik Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dijayakan Ibu Pejabat Perikanan dan Perikanan Sabah.
PELEPASAN BENIH IKAN: Program pelepasan Benih Ikan di Tasik Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dijayakan Ibu Pejabat Perikanan dan Perikanan Sabah.

KOTA KINABALU: Sebanyak 3,000 ekor benih ikan siakap dilepaskan di Tasik Masjid Bandaraya dibawah Program Pelepasan Benih Secara Berfokus dan Bersasar sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sabah.

Program itu dijayakan oleh Ibu Pejabat Perikanan dan Pejabat Perikanan Negeri Sabah bagi  memastikan impak dan kesan yang lebih baik.

Program Pelepasan Benih ke perairan umum adalah untuk menambah stok ikan di kawasan yang dikenal pasti berpotensi dan strategik.

Kawasan berpotensi adalah spesies yang dilepaskan mampu hidup, membesar dan membiak dalam keadaan semula jadi di kawasan berkenaan, manakala kawasan strategik pula adalah kawasannya bebas daripada pencemaran industri perkilangan, pertanian serta aktiviti-aktiviti yang merosakkan keadaan sungai. 

Konsep pelepasan benih pada program kali ini adalah bertujuan menambahkan stok di perairan umum dan meraikan semangat Keluarga Malaysia. 
Program pelepasan benih selepas ini lebih mementingkan kualiti, kadar hidup dan impak masa panjang berbanding kuantiti. 

Antara yang hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Perikanan Sabah (Pembangunan) Azhar Kassim, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Haji Mohd Sufian Sulaiman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFI, Azah Hanim Ahmad serta Timbalan Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Haji Yahamad Haji Budin.
 

Advertisement