Anda di sini

Keyakinan pelabur asing pada Malaysia beri manfaat pada PKS

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kejayaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam menarik pelaburan baharu menerusi pelbagai misi perdagangan akan meningkatkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara, menurut Persatuan PKS Malaysia.

Presiden persatuan Ding Hong Sing berkata PKS akan berkembang melalui kerjasama atau penyediaan produk atau perkhidmatan kepada syarikat ini.

“Ia (minat yang diperbaharui daripada pelabur asing) adalah tepat pada masanya kerana PKS terus mencari strategi untuk pulih dan berkembang daripada kesan pandemik itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sambil menyatakan penghargaan persatuan atas kerja menyeluruh MITI, Ding berkata Malaysia kini sedang berhadapan minat yang diperbaharui daripada pelabur asing berikutan pelbagai misi perdagangan yang diketuai kementerian serta terus meneroka sektor baharu dan menambah nilai.

Ding seterusnya berkata bahawa pertumbuhan berterusan PKS di Malaysia memberi petanda baik untuk ekonomi dengan prospek peningkatan peluang pekerjaan serta sumbangan kepada objektif negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2025. - BERNAMA
 

Advertisement