Anda di sini

Kanak-kanak autisme ditemukan selamat

Advertisement
 Mangsa ditemukan selamat oleh pasukan SAR di kawasan bukit berhampiran rumahnya.
SELAMAT: Mangsa ditemukan selamat oleh pasukan SAR di kawasan bukit berhampiran rumahnya.

LABUAN: Kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di sini.

Pegawai Kanan Operasi Pencarian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) WP Labuan Ardillah Supardi berkata mangsa yang dikenalpasti sebagai Muhammad Harraz Ziqri, 7, berjaya ditemukan selepas tiga jam operasi SAR dijalankan.

“Mangsa yang dilaporkan hilang itu berjaya ditemukan kira-kira 500 meter dari rumahnya di Simpang 7 Kampung Lajau di sini.

“Hasil daripada pemeriksaan awal, pasukan operasi mendapati tiada sebarang kecederaan teruk yang dialami oleh mangsa.

“Mangsa ditemui oleh pasukan mencari di kawasan hutan bukit berhampiran rumah keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya operasi SAR kemudiannya ditamatkan pada jam 8.58 malam.

Terdahulu, Muhammad Harraz disedari hilang kira-kira jam 6 petang oleh ahli keluarganya sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Operasi pencarian membabitkan seramai 7 anggota dan pegawai JBPM dan dibantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan.

Kejadian ini adalah kali kedua membabitkan kehilangan kanak-kanak autisme di Sabah iaitu kejadian pertama membabitkan mangsa Jayden Gabriel Peter, 5, yang dilaporkan hilang di Kampung Kodingan Malawa Jalan Sepanggar di sini 15 April lalu sebelum ditemukan selamat di puncak Bukit Janggut di sini.

  • oleh
  • Advertisement