Anda di sini

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM52.96 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.69 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan empat tender pasaran wang konvensional terdiri daripada tiga tender RM1 bilion, setiap satu untuk jangka masa tujuh, 14 dan 21 hari, serta tender RM500 juta selama 61 hari.

BNM juga akan mengendalikan satu tender Qard bernilai RM1.2 bilion selama tujuh hari dan tender Program Murabahah Komoditi RM100 juta selama 14 hari.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar bertempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan sehingga RM48.5 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM24.4 bilion bagi tender semalaman Murabahah. - BERNAMA
 

Advertisement