Anda di sini

Bukan buaya yang menyerang Adami

Advertisement
Hasil bedah siasat buaya yang ditangkap semalam tidak menemukan mayat kanak-kanak tersebut.
Hasil bedah siasat ke atas buaya yang ditangkap tidak menemukan mayat kanak-kanak tersebut.

KUCHING: Tiada sebarang penemuan mayat atau rangka manusia di dalam perut buaya yang ditangkap semalam kerana disyaki membaham seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Sungai Nyabut, Telaga Air.

Difahamkan hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) hari ini hanya menemui sampah sarap sahaja dalam perut buaya yang dianggarkan sepanjang 4.3 meter itu.

Proses bedah siasat buaya seberat kira-kira 800 kilogram itu dijalankan di satu lokasi tidak jauh dari Kampung Nyabut sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Buaya tersebut berjaya ditangkap selepas termakan umpan pancing yang dipasang oleh Samarahan Crocodile Hunter yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada Selasa lepas.

Sebanyak 17 pancing buaya dipasang di sungai di kawasan Trombol, Telaga Air untuk menangkap buaya yang dikatakan telah menyambar kanak-kanak dikenali sebagai Mohammad Adami Moktar pada 21 Mei lalu.

Operasi SAR mangsa kini masih giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan SFC.
 

  • oleh
  • Advertisement