Anda di sini

Ancelotti hormati keputusan Mbappe tolak tawaran Real

Advertisement
Gambar menunjukkan Mbappe mempamerkan jersi yang tertera nombor 2025 pada sidang media di Stadium Parc des Princes di Paris. — Gambar AFP
Gambar menunjukkan Mbappe mempamerkan jersi yang tertera nombor 2025 pada sidang media di Stadium Parc des Princes di Paris. — Gambar AFP

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata dia ‘menghormati keputusan’ Kylian Mbappe untuk menolak satu tawaran berpindah ke Madrid dengan memperbaharui kontraknya untuk terus kekal di Paris Saint Germain (PSG).

PSG mengumumkan pada hujung minggu lepas bahawa Mbappe akan terus kekal di Parc des Princes selepas bersetuju dengan kontrak baharu tiga tahun sehingga 2025, dengan penyerang antarabangsa Perancis itu menegaskan pada Isnin lepas bahawa dia sudah diyakinkan oleh “projek sukan” kelab.

Saga perpindahan yang gagal itu menyelubungi persediaan Madrid untuk final Liga Juara-Juara menentang Liverpool, yang akan berlangsung di Paris Sabtu depan.

“Dengan apa yang perlu kami fikirkan sekarang, kami tidak pernah memikirkan tentang pemain dari kelab lain,” kata Ancelotti pada satu sidang media. 

“Kami menghormati semua orang, kami menghormati keputusan yang mereka buat, kami menghormati kelab lain. Tetapi kami harus melakukan tugas kami dan ia adalah jelas bahawa kami harus memikirkannya sekarang, iaitu membuat persediaan dengan baik untuk final.”

Mbappe, 23, juga mendedahkan bahawa dia ada mengadakan rundingan dengan Liverpool tentang kemungkinan berpindah tetapi berkata “kami ada bercakap (kepada Liverpool) sedikit tetapi pada akhirnya, ia adalah antara Real Madrid dan PSG.” — AFP
 

Advertisement