Anda di sini

500 pemain sertai kejohanan piala Kumpulan Usahawan Borneo

Advertisement
 Lim (kanan) menyampaikan surat jemputan kepada Suryady.
JEMPUTAN: Lim (kanan) menyampaikan surat jemputan kepada Suryady.

TAWAU: Seramai 500 pemain badminton terkemuka di seluruh Sabah menyertai kejohanan badminton piala Kumpulan Usahawan Borneo yang bermula pada 27 Mei ini.

Kejohanan itu akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy dan dihadiri Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada 30 Mei depan.

Pengerusi Penganjur, Lim Min Chee berkata sebanyak 250 pasukan akan berentap dalam pertandingan selama empat hari itu.

“Kita akan meyaksikan 500 pemain terkemuka di negeri ini bertanding merebut piala Kumpulan Usahawan Borneo dan hadiah wang tunai lebih RM30,000.

“Saya berharap kejohanan ini berjalan dengan lancar dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dialu-alukan untuk hadir ke majlis perasmian penutupan tersebut di Dewan Masyarakat Tawau.

“Masuk untuk menonton pertandingan tersebut adalah percuma, tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup separuh muka,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement