Anda di sini

Cacar monyet: Tiada kes diterima KKM setakat ini

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes jangkitan cacar monyet atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus itu seperti dalam mesej berserta gambar yang tular di media sosial.

KKM dalam hantaran di Twitter menyatakan ia tidak menerima pemakluman berhubung jangkitan itu setakat 5 petang semalam.

“Sekiranya gambar itu adalah benar, waris kepada kanak-kanak itu dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan,” katanya.

Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan. - BERNAMA 

Advertisement