Anda di sini

Lapan barangan dalam senarai skim kawalan harga sempena Gawai

Advertisement
Senarai harga barangan terkawal sempena Hari Gawai 2022 yang dikeluarkan KPDNHEP Miri yang berkuat kuasa 29 Mei hingga 4 Jun depan.
Senarai harga barangan terkawal sempena Hari Gawai 2022 yang dikeluarkan KPDNHEP Miri yang berkuat kuasa 29 Mei hingga 4 Jun depan.

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri melancarkan Skim Harga Maksimum Perayaaan Hari Gawai selama tujuh hari.

Ketua KPDNKK Cawangan Miri Joe Azmi Jamil berkata Skim Harga Maksimum Perayaaan Hari Gawai dikuatkuasakan dalam tempoh 29 Mei hingga 4 Jun depan.

"Sebanyak lapan barangan Skim Harga Maksimum Perayaaan Hari Gawai bagi Miri iaitu ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih (China) dan kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Joe Azmi, selain itu turut termasuk dalam senarai ialah cili kering, babi hidup (dikawal diperingkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Menurutnya, kewajipan peniaga adalah tidak menjual harga melebihi barang kawalan, meletak tanda harga merah jambu, memastikan bekalan mencukupi di pasaran serta mengguna alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan.

Peniaga yang sengaja menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah dengan niat untuk membuat keuntungan tinggi berlebihan, akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Bagi individu yang didapati bersalah akan dikenakan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun sementara syarikat pula didenda sebanyak RM500,000 atau kompoun RM250,000.

Peniaga perseorangan yang tidak meletakkan tanda harga akan didenda RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan atau dikompoun RM25,000.

Sebarang pertanyaan lanjut atau aduan boleh menghubungi 03-80008000 atau 1800-886-800 atau melayari laman sesawang www.kpndhep.gov.my.

Advertisement