Anda di sini

Hajiji hadir Rumah Terbuka Aidifitri PAS Sabah

Advertisement
 Hajiji (empat kiri), Aliakbar (tiga kiri), Yong (dua kiri) bersama pemimpin lain menyempurnakan acara memotong kek.
KENANGAN: Hajiji (empat kiri), Aliakbar (tiga kiri), Yong (dua kiri) bersama pemimpin lain menyempurnakan acara memotong kek.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Sabah di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri yang tiba di pekarangan Pejabat PAS Negeri Sabah pada jam 11.05 pagi, disambut Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling bersama Setiausaha PAS yang juga Pengarah Sambutan Dr Aliakbar Gulasan serta pimpinan PAS Sabah yang lain.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Majlis berkenaan turut dihadiri pemimpin-pemimpin parti dalam Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat, pengerusi dan jawatankuasa masjid.

Dr. Aliakbar ketika ditemui berkata, PAS Sabah merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Ketua Menteri atas kesudian hadir ke majlis yang penuh bermakna.

Ketua Menteri dalam hantaran di Facebook rasminya menyatakan penghargaan kepada PAS Sabah atas undangan sekali gus yakin akan merapatkan lagi ukhuwah.

Majlis Rumah Terbuka PAS Sabah ini julung kali diadakan selepas PAS Sabah menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.
 

Advertisement